Sunday, 28 May 2017

FUNGSI-FUNGSI KO-NELAYAN

  •  Mengusahakan projek-projek perikanan dan akuakultur dengan menekankan kemajuan masyarakat nelayan.
  • Mewujudkan pekerjaan dan peluang-peluang ekonomi yang mendatangkan hasil bagi masyarakat nelayan
  • Menubuhkan projek-projek perniagaan dalam bidang perikanan dengan sendiri atau secara usahasama dengan lain-lain pihak berkuasa awam, syarikat awam atau swata atau nelayan.
  • Mengusahakan perkhidmatan pengangkutan dan mengadakan kemudahan kredit bagi perusahaan perikanan
  • Menubuhkan suatu agensi pemasaran bagi mengusahakan pemasaran semua hasil perikanan termasuk import dan eksport.
  • Menaja rancangan sosial seperti pemasaran, perkhidmatan kesihatan, perkembangan penduduk, kawalan alam sekitar, perumahan , pelajaran presekolah dan dewasa yang lebih baik dan rancangan-rancangan sosial yang lain bagi masyarakat nelayan.
  • Melakukan semua tindakan dan perkara yang lain sebagaimana yang perlu dan mustahak bagi mencapai maksud-maksud korporasi.
  • Memajukan, membantu, nebyokong, mengusahakan, mendorong dan menggalakkan semua pembangunan ekonomi dan sosial mana-mana pertubuhan nelayan yang ditubuhkan dibawah Akta Persatuan Nelayan 1971 di negeri ini atau mengurus apa-apa perkara yang berkaitan dengannya.

SEJARAH PERTUBUHAN KO-NELAYAN


KO-NELAYAN telah ditubuhkan pada 16 September 1978 sebagai sebuah Koperasi dengan nama KOPERASI. SERBAGUNANELAYAN SABAH BERHAD (KO-NELAYAN) di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama Negeri Sabah, Pada 20 April 1981. 

Koperasi ini dibubar dan ditukar menjadi sebuah Badan Berkanun dengan nama KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN). KO-NELAYAN telah diwujudkan melalui Enakmen No. 4 tahun 1981 oleh Dewan Undangan Negeri Sabah bagi mengambil alih fungsi-fungsi Koperasi. 

Badan baru ini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah yang berhasrat untuk memajukan masyarakat nelayan dan industri perikanan dan akuakultur

KO-NELAYAN MARKETING DAN PRODUK-PRODUK KO-NELAYAN

Tujuan Ko-Nelayan Marketing dibuat bagi memudahkan orang luar faham sedikit sebanyak tentang fungsi dan produk-produk Ko-Nelayan. Antara p...