Monday, 5 June 2017

KO-NELAYAN MARKETING DAN PRODUK-PRODUK KO-NELAYAN

Tujuan Ko-Nelayan Marketing dibuat bagi memudahkan orang luar faham sedikit sebanyak tentang fungsi dan produk-produk Ko-Nelayan.

Antara produk-produk yang terdapat dalam Ko-Nelayan ialah;

  1. Produk kilang Ko-Nelayan yang bertempat di Kudat, Sabah.
  • Keropok Ikan Mentah Asli
  • Keropok Ikan Mentah Lada Hitam
  • Keropol Ketam Mentah
  • Keropok Goreng Asli
  • Keropok Goreng Lada Hitam
  • Mee Ikan
     2. Produk-produk Usahawan.
  • Mee Sotong dan Mee Rumpai (Puan Insiah Binti Saipah, Tawau)
  • Keropok Ubi Rumpai Laut (Tuan Haji Kamal@Noor Bin Abd Wahab, Papar)
  • Rempeyek Udang Kering & Ikan Bilis Rumpai Laut (Puan Zuraidah Binti Bayai, Tawau)
  • Ikan Perap Tradisi & Pedas (Encik Ramli Bin Patera, Bongawan)
  • Ikan Bilis Bulat & Kopek (Puan Mauni Binti Pardi, Kudat)
     3. Perkhidmatan Ko-Nelayan.
  • Taman Mini Akuakultur, Laya-laya, Tuaran
  • Terayong Eco Fishing Point, Terayong, Tuaran
  • Weston Wetland Park, Weston, Beaufort
  • Eko Perlancongan Hub Balat, Banggi, Kudat

Sunday, 4 June 2017

OBJEKTIF KO-NELAYAN

  
Bagi memastikan matlamat penubuhnya seperti yang disebut dalam Enakmen No.4 1981 dilaksanakan sebaik mungkin seperti berikut ;


  • Memperbaiki kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat nelayan di Sabah, khususnya yang tidak mampu;
  • Memajukan dan membantu dalam penubuhan syarikat-syarikat kerjasama nelayan;
  • Meningkatkan pengeluaran perusahaan perikanan dan mempercepatkan kemajuan akuakultur;
  • Menggalakkan cara-cara menangkap ikan yang moden, progresif dan bertaraf perdagangan;
  • Menaja dan memajukan sekumpulan peniaga tempatan yang mahir dalam memberi perkhidmatan-perkhidmatan dukungan termasuk pemprosesan. pemasaran dan pembahagian kepada perusahaan perikanan.

Sunday, 28 May 2017

FUNGSI-FUNGSI KO-NELAYAN

  •  Mengusahakan projek-projek perikanan dan akuakultur dengan menekankan kemajuan masyarakat nelayan.
  • Mewujudkan pekerjaan dan peluang-peluang ekonomi yang mendatangkan hasil bagi masyarakat nelayan
  • Menubuhkan projek-projek perniagaan dalam bidang perikanan dengan sendiri atau secara usahasama dengan lain-lain pihak berkuasa awam, syarikat awam atau swata atau nelayan.
  • Mengusahakan perkhidmatan pengangkutan dan mengadakan kemudahan kredit bagi perusahaan perikanan
  • Menubuhkan suatu agensi pemasaran bagi mengusahakan pemasaran semua hasil perikanan termasuk import dan eksport.
  • Menaja rancangan sosial seperti pemasaran, perkhidmatan kesihatan, perkembangan penduduk, kawalan alam sekitar, perumahan , pelajaran presekolah dan dewasa yang lebih baik dan rancangan-rancangan sosial yang lain bagi masyarakat nelayan.
  • Melakukan semua tindakan dan perkara yang lain sebagaimana yang perlu dan mustahak bagi mencapai maksud-maksud korporasi.
  • Memajukan, membantu, nebyokong, mengusahakan, mendorong dan menggalakkan semua pembangunan ekonomi dan sosial mana-mana pertubuhan nelayan yang ditubuhkan dibawah Akta Persatuan Nelayan 1971 di negeri ini atau mengurus apa-apa perkara yang berkaitan dengannya.

SEJARAH PERTUBUHAN KO-NELAYAN


KO-NELAYAN telah ditubuhkan pada 16 September 1978 sebagai sebuah Koperasi dengan nama KOPERASI. SERBAGUNANELAYAN SABAH BERHAD (KO-NELAYAN) di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama Negeri Sabah, Pada 20 April 1981. 

Koperasi ini dibubar dan ditukar menjadi sebuah Badan Berkanun dengan nama KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN). KO-NELAYAN telah diwujudkan melalui Enakmen No. 4 tahun 1981 oleh Dewan Undangan Negeri Sabah bagi mengambil alih fungsi-fungsi Koperasi. 

Badan baru ini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah yang berhasrat untuk memajukan masyarakat nelayan dan industri perikanan dan akuakultur

KO-NELAYAN MARKETING DAN PRODUK-PRODUK KO-NELAYAN

Tujuan Ko-Nelayan Marketing dibuat bagi memudahkan orang luar faham sedikit sebanyak tentang fungsi dan produk-produk Ko-Nelayan. Antara p...